Dalaman Hospital
Klinik Swasta 24 Jam Pertama di Chendering

Perkhidmatan Kesihatan 24 Jam
Untuk Anda & Keluarga.

Klinik Hijraa Chendering menyediakan perkhidmatan perubatan pantas, mesra pelanggan, dan profesional di tengah-tengah pusat pembangunan Kuala Terengganu.

Pusat Kesihatan Komuniti Paling Dipercayai di Chendering

Mula beroperasi pada tahun 2020 sebagai cawangan kedua Hijraa Group, kami mencatatkan sejarah sebagai klinik swasta pertama yang beroperasi 24 jam di daerah ini.

Terletak strategik di kawasan perindustrian Chendering, kami hadir untuk mengisi keperluan kritikal masyarakat yang memerlukan rawatan pada bila-bila masa. Kami bukan sekadar klinik; kami adalah rakan kesihatan komuniti anda.

24/7
Tempoh Beroperasi
2,500+
Ulasan Google 4.9★
Kemudahan Klinik 1 Makmal Perubatan Bilik Rawatan Peralatan Moden

Perkhidmatan & Rawatan

Kami menawarkan pelbagai jenis rawatan komprehensif untuk kesihatan anda.

Rawatan Umum

Pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk pelbagai penyakit harian seperti URTI, virus, bakteria, batuk & lain-lain

Ujian Makmal / Medical Check Up

Saringan seperti darah, air kencing dan analisis makmal lengkap untuk pengesanan penyakit awal.

Kesihatan Wanita

Penjagaan khusus untuk wanita yang mempunyai masalah seperti keputihan, period tidak teratur & lain-lain.

Kesihatan Ibu & Anak

Penjagaan khusus untuk ibu hamil dan pemantauan tumbesaran kanak-kanak secara berkala.

Vaksinasi & Imunisasi

Menyediakan program suntikan imunisasi lengkap dibawah garisan panduan KKM.

Ear Suction

Prosedur mencuci/menyedut tahi telinga keras/tersumbat/ada bendasing.

X-Ray

Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan X-Ray setiap hari.

Nebulizer

Bantuan alat pernafasan bagi pesakit yang memerlukan seperti asma, berkahak dan lain-lain.

Perkhidmatan Berkhatan

Diiktiraf sebagai rumah sunat dan mempunyai doktor yang menjadi trainer kepada doktor lain.

Saringan NCD

Kawalan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kolesterol dan obesiti.

Suntikan Penjagaan Berat Badan

Menyediakan suntikan sebagai bantuan perubatan untuk menormalkan BMI pesakit.

Homevisit

Perkhidmatan doktor ke rumah untuk pesakit yang tidak boleh ke klinik.

Dressing

Perkhidmatan mencuci luka, menjahit dan rawatan kecemasan ringan akibat kemalangan.

PekaB40

Saringan kesihatan penuh nagi masyarakat B40 yang berumur 40 tahun keatas secara percuma.

Sehati Perkeso

Saringan kesihatan dibawah perkeso bagi pekerja yang mencarum perkeso dan berumur 40 tahun keatas secara percuma.

Typhoid

Suntikan pengendali makan yang wajib diambil oleh peniaga/pengendali makan setiap 3 tahun.

Minor Surgery

Prosedur pembedahan kecil seperti membuang ketuat, sista (cyst), biji kolestrol dan lain-lain.

ECG

Ujian elektrokardiogram untuk menganalisis rentak dan kesihatan jantung anda.

Doktor Profesional Kami

Bersama doktor-doktor yang berdedikasi dan berpengalaman luas.

Doctor

DR. ALI ILHAMI BIN BASIR

MBBS, UNIVERSITY OF NEWCASTLE UPON TYNE

Doctor

DR. MOHAMMAD NAZIF FAHZLIN

MBBS, CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES

Doctor

DR. SAWALTI BINTI ABDUL RASID

MD, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Doctor

DR. ZUHILMI BIN AHMED

MBBS, MANIPAL ACADEMY OF HIGHER EDUCATION (MAHE)

Panel Klinik Hijraa 24 Jam Chendering

Menerima pelbagai jenis panel korporat dan insurans untuk kemudahan anda.

Serta pelbagai lagi syarikat korporat dan agensi kerajaan.

Apa Kata Pesakit Kami?

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis 24 jam kami.

"Klinik paling pantas di Chendering. Staf sangat mesra dan doktor menerangkan penyakit dengan sangat detail. Terima kasih Klinik Hijraa!"

Azlan Abdullah
Penduduk Chendering

"Sangat memudahkan sebab buka 24 jam. Kadang-kadang anak demam tengah malam tak perlu risau lagi nak cari hospital jauh-jauh."

Siti Aminah
Ibu Rumah Tangga

"Urusan panel sangat mudah. Tak perlu tunggu lama walaupun ramai orang. Kawasan klinik juga bersih dan selesa."

Mohd Faiz
Pekerja Perindustrian

Lokasi Kami

Kunjungi kami di Chendering, Kuala Terengganu.

"Berdekatan dengan Masjid Sultan Ismail"

Perlukan Konsultasi Sekarang?

Hubungi kami terus melalui WhatsApp untuk semakan slot atau pertanyaan segera. Kami sedia membantu anda 24 jam sehari.

Hubungi Kami di WhatsApp

Respon pantas dalam tempoh 5-10 minit.